Kamis, 05 Agustus 2010

Apakah Jalan Yang Menyampaikan Kepada Kerohanian Ini?





Al-Quranul-Karim dalam pandangannya yang menyeluruh kepada
nirwana semesta ini, manusia dan kehidupan ini, telah menerangkan kepada
kita satu manhaj yang amali dalam mempersiapkan manusia di segi roh,
pembentukan keimanannya dan pentarbiyyahan kejiwaannya.
Firman Allah dalam Surah Al-Anfal:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.” (Al-Anfal:29)
Renungi dan perhatikanlah dalam keseluruhan rangkaian ayat-ayat
tadi, apakah yang kita dapati?
Kita mendapati bahawa ketakwaan kepada Allah Azzawajala adalah
merupakan asas gelombang kekuatan, serta asas bagi nur (cahaya) yang
menyuluh dan asas bagi pemberian serta sumbangan (pengorbanan).
Dalam pada itu juga dengan ketakwaan kepada Allah Azzawajala
sahajalah yang membolehkan seseorang mukmin membezakan antara yang
“kurus” dengan yang “gemuk”, yaitu membedakan antara yang hak dengan
yang batil.
Begitulah dengan ketakwaan kepada-Nya, Allah menjadikan bagi
mereka yang bertakwa satu nur (cahaya). Lantaran dengan cahaya tersebut
mereka berjalan di kalangan manusia lalu manusia seluruhnya berpandukan
dengan nur hidayah (yang mereka bawa) dan bersinarkan dengan nur
tersebut.
Dengan ketakwaan kepada-Nya, mereka (yang bertakwa) mendapat
jalan keluar (daripada kesusahan) kepada jalan yang penuh dengan
keamanan. Sekalipun mereka di ketika itu berhadapan dengan maut serta
berhadapan dengan seksaan-seksaan.
Sayyid Qutb dalam mentafsirkan firman Allah
(Surah Al-Anfal:29)
menyatakan: “Inilah dia bekalan iaitu bekalan persediaan dan
kelengkapan di perjalanan. Bekalan ketakwaan yang menghidup,
membangkit dan menyedarkan hati, membuahkan di dalamnya setinggi-
tinggi kesedaran, kewaspadaan dan berhati-hati. Menyediakan baginya sinar
cahaya petunjuk yang menyingkap segala rintangan ujian di liku-liku
perjalanan yang sejauh mata memandang. Cahaya petunjuk ini merupakan
cahaya yang tidak dikelami dengan sebarang syubhat (kesamaran) serta
mendindingi pemikiran yang sempurna dan benar. Kemudiannya, ia adalah
merupakan bekalan mengampun dan memaafkan sebarang kesalahan,
bekalan kedamaian yang mencurahkan ketenangan dan kegembiraan,
bekalan cita-cita serta impian untuk memenuhi dan mencapai kurniaan Allah
yang maha besar di ketika hari yang tiada di sana sebarang bekalan di ketika
hari yang mana keseluruhan amalan adalah sia-sia, tidak mempunyai
sebarang nilaian. Kesemuanya ini adalah merupakan kenyataan: Bahawa
hanya ketakwaan kepada Allah sahajalah yang benar wujud dan menjelma di
hati, satu petunjuk yang membezakan antara yang benar dan yang batil yang
seterusnya menyingkapkan rintangan dan halangan di perjalanan. Begitu
juga dengan hakikat-hakikat kepercayaan (akidah) ini tidak akan dirasai,
difahami dan diketahui melainkan kepada mereka yang melaksanakan secara
amali.”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar